Penubuhan

K-Community Frequency Media Network

PENDAHULUAN

      Sebagai sebuah medium perantara di alam maya yang mempunyai bilangan pengguna yang ramai dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Golongan ini terdiri dari pelbagai latar belakang yang berbeza dari segi pekerjaan, ilmu, pengalaman hidup dan sebagainya. Perbezaan ini merupakan satu kekuatan jika dapat dikongsikan bersama dalam satu organisasi bagi menghadapi cabaran hidup yang kian mencabar dewasa ini.

      Apa yang menjadi masalah di sini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini berkongsi pengalaman, bertukar idea, ilmu dan bersosial secara lahiriah. Disinilah timbulnya idea untuk menubuhkan satu persatuan yang mampu menjadi medium untuk menyalurkan segala pengalaman, ilmu dan juga mampu mengeratkan siratulrahim dengan lebih rapat kepada pengguna-pengguna di alam maya dewasa ini. Idea penubuhan ini sebenarnya timbul sejak beberapa tahun lepas. Ada usaha bagi menubuhkan K-Community Frequency Media Network tetapi menghadapi kekangan dari segi masa dan kewangan. Justeru tindakan segera perlu diambil supaya idea tersebut tidak terkubur begitu sahaja. Semoga kewujudan idea ini dapat membuka langkah pertama penubuhan K-Community Frequency Media Network. (KCFM Network)

 

RELEVAN PENUBUHAN

      Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi memastikan pengalaman, idea, jalinan siraturahim dan aktiviti sosial dapat dikongsikan bersama untuk memajukan atau meningkatkan kehidupan setiap ahli persatuan yang sering kali hanya berkongsi di atas talian sahaja. Selain itu juga aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan juga diterapkan.

      Selain daripada menyediakan saluran bagi perkongsian pengalaman, idea dan jalinan siraturahim; penubuhan persatuan ini juga bertujuan untuk membantu secara khusus nya meningkatkan ekonomi ahli-ahli dan negara secara amnya.

Mobile Version