Perlembagaan

FASAL 1 – NAMA

1.1 Organisasi ini dikenali dengan nama K-COMMUNITY FREQUENCY MEDIA NETWORK (KCFM Network) di dalam perlembagaan ini.

FASAL 2 – ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT URUSAN

2.1 Alamat Berdaftar
  2.1.1 Alamat berdaftar K-COMMUNITY FREQUENCY MEDIA NETWORK ialah di:
    11-1 Jalan 2/24 Taman Kesidang Sekyen 2,
    Lorong Pandan Kesidang,
    75200 Melaka.

2.2 Alamat Urusan
  2.2.1 Alamat urusan K-COMMUNITY FREQUENCY MEDIA NETWORK ialah di:
    11-1 Jalan 2/24 Taman Kesidang Sekyen 2,
    Lorong Pandan Kesidang,
    75200 Melaka.

2.3 Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Majlis Tertinggi.

FASAL 3 – LOGO DAN LAMBANG
K-Community Frequency Media Network

Nama Organisasi.

Vektor Warna:
Melambangkan perpaduan, kerjasama, kerohanian dan permuafakatan sesama ahli.

Logo Keseluruhan:
Merupakan logo rasmi yang melambangkan perpaduan, kerjasama, kerohanian dan permuafakatan sesama ahli.

FASAL 4 – OBJEKTIF DAN MATLAMAT

4.1 Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek perniagaan dari pelbagai latar belakang ahli-ahlinya sebagai pemangkin kepada kecemerlangan.

4.2 Sebagai satu mekanisma sokongan kepada Negara Malaysia dalam memperbaiki sistem sosial dan ekonomi di samping memastikan kebajikan ahli-ahli sentiasa diberi perhatian.

4.3 Berfungsi sebagai sebuah komuniti yang berbakti kepada masyarakat.

4.4 Merangka program-program pembangunan sosial dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan ahli-ahli.

4.5 Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan cadangan. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan lebih lancar dan sistematik.

FASAL 5 – KEAHLIAN

5.1 Ahli Berstatus Biasa
  5.1.1 Terbuka kepada warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  5.1.2 Setiap ahli berstatus biasa yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya 2 tahun layak untuk mengundi dan diundi dalam setiap Mesyuarat Agung yang diadakan.

5.2 Prosedur Permohonan Dan Penerimaan Keahlian KCFM Network.
  5.2.1 Mereka yang ingin memohon keahlian KCFM Network perlu mengisi borang yang diterbitkan oleh KCFM Network dan dihantar kepada Setiausaha KCFM Network untuk diluluskan.
  5.2.2 Pendaftaran juga boleh dilakukan secara online melalui laman sesawang rasmi KCFM Network iaitu http://register.kcfm.org.
  5.2.3 Pemohon yang diluluskan permohonannya hendaklah membayar yuran pendaftaran serta yuran tahun pertama seperti yang telah ditetapkan dalam Fasal Yuran.
  5.2.4 Pemohon yang diterima permohonannya juga dikehendaki mematuhi segala perkara yang termaktub dalam perlembagaan KCFM Network.

FASAL 6 – TANGGUNGJAWAB DAN HAK-HAK AHLI

6.1 Setiap ahli KCFM Network mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
  6.1.1 Memegang teguh dan mentaati perlembagaan KCFM Network serta peraturan peraturan lain yang dibuat untuk mencapai matlamat KCFM Network.
  6.1.2 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti KCFM Network.
  6.1.3 Menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

6.2 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan ini setiap ahli berhak bersuara, memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam KCFM Network.

6.3 Seseorang ahli hanya berhak mengundi atau menjadi calon untuk sesuatu pemilihan atau perlantikan sekiranya beliau telah menjadi ahli dan menjelaskan semua yurannya sama ada semasa atau tertunggak.

6.4 Mana-mana ahli yang digantung dan/atau tergantung keahlian KCFM Network disebabkan pelanggaran peraturan dan perlembagaan ini tidak berhak:
  6.4.1 Menjadi calon bagi sesuatu perlantikan dan pemilihan untuk sebarang jawatan di dalam KCFM Network.
  6.4.2 Bersuara atau mengemukakan pendapat di dalam mana-mana Mesyuarat Agung KCFM Network.
  6.4.3 Memilih, mengundi dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam mana-mana Mesyuarat Agung KCFM Network.
  6.4.4 Menggunakan sebarang kemudahan serta keistimewaan yang diberi selaras dengan hak-hak sebagai seorang ahli.

FASAL 7 – PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

7.1 Pemberhentian secara sukarela
  7.1.1 Segala bayaran tertunggak kepada KCFM Network yang ditanggung oleh ahli yang ingin berhenti hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penyerahan surat pemberhentian.
  7.1.2 Pihak KCFM Network berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas ahli yang berhenti tetapi masih belum menjelaskan bayaran tertunggak dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  7.1.3 Mana-mana ahli KCFM Network yang membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan oleh Majlis Tertinggi adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli KCFM Network.

7.2 Pemecatan ahli
  7.2.1 Setiap ahli KCFM Network yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan KCFM Network bolehlah dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh masa sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Majlis Tertinggi. Sebelum tindakan sedemikian diambil, ahli berkenaan hendaklah diberikan surat tunjuk sebab. Ahli berkenaan hendaklah diberi peluang untuk membela diri. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Majlis Tertinggi. Ahli yang dipecat boleh membuat rayuan untuk menjadi ahli semula dengan bayaran RM50.

FASAL 8 – YURAN

8.1 Yuran Pendaftaran
  8.1.1 Yuran pendaftaran yang telah ditetapkan ialah RM 20.00.
  8.1.2 Yuran ini boleh dijelaskan oleh setiap ahli permohonan untuk menjadi ahli dibuat.
  8.1.3 Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan sebelum 31 Disember tahun permohonan keahlian ahli tersebut diluluskan kepada Bendahari KCFM Network atau melalui Jawatankuasa KCFM Network.

8.2 Yuran Tahunan
  8.2.1 Yuran tahunan yang telah ditetapkan ialah RM10.00.
  8.2.2 Yuran ini boleh diserahkan secara terus kepada Bendahari KCFM Network ataupun kepada Jawatankuasa KCFM Network.
  8.2.3 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan dalam tempoh bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember setiap tahun.

FASAL 9 – PENAUNG ATAU PENASIHAT

9.1 Majlis Tertinggi berhak melantik orang-orang yang layak menjadi penasihat atau penaung jika difikirkan perlu dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

FASAL 10 – MAJLIS TERTINGGI

10.1. Majlis Tertinggi hendaklah terdiri daripada:
  a. Seorang (1) Pengerusi
  b. Seorang (1) Timbalan Pengerusi
  c. Seorang (1) Setiausaha
  d. Seorang (1) Penolong Setiausaha
  e. Seorang (1) Bendahari
  g. Seorang (1) Ketua serta dua (1) orang ahli untuk setiap biro-biro yang berikut :
   i. Akses dan Multimedia
   ii. Publisiti dan Tugas-tugas Khas
   iii. Kebajikan dan Kerohanian

10.2. Mana-mana pemegang jawatan yang didapati bersalah di mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta.

10.3. Majlis Tertinggi akan dirombak pada (2) dua tahun sekali.

10.4. Pengerusi tidak diberi kuasa untuk melantik dan memberhentikan perkhidmatan mana-mana ahli Majlis Tertinggi.

10.5. Setiap ahli Majlis Tertinggi hendaklah seorang warganegara Malaysia.

10.6. Pemilihan semua Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dilakukan malalui undian.Keputusan adalah dengan undian terbanyak. Sekiranya jumlah undi yang diperoleh untuk sesuatu jawatan tersebut adalah sama, maka pengerusi mesyuarat ketika itu mempunyai undi pemutus (casting vote), di samping undinya sendiri.

10.7. Tugas-tugas Majlis Ahli Tertinggi ialah:
  10.7.1. Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan.
  10.7.2. Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-program organisasi.
  10.7.3. Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang diluluskan.
  10.7.4. Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
  10.7.5. Mengawal, mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang disabit dengan ahli, termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi membicarakan ahli-ahli yang telah melanggar Perlembagaan ini, serta menentukan peraturan-peraturan dan prosedur perjalanan Jawatan tersebut.
  10.7.6. Boleh melantik penaung KCFM Network.
  10.7.7. Meluluskan Belanjawan KCFM Network.

10.8. Keahlian Majlis Tertinggi dalam 2 tahun pertama KCFM Network ditentukan tanpa perlu melalui Mesyuarat Agung.

FASAL 11 – TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI

11.1 Pengerusi
  11.1.1 Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan pentadbiran, perjalanan dan hal ehwal KCFM Network secara keseluruhannya.
  11.1.2 Mempengerusikan semua mesyuarat. Sekiranya beliau tidak hadir, salah seorang daripada Ahli Majlis Tertinggi akan dilantik sebagai pengerusi mesyuarat.
  11.1.3 Menandatangani minit-minit mesyuarat, cabutan-cabutan dan salinan-salinan rekod KCFM Network bersama Setiausaha sekiranya perlu.
  11.1.4 Tertakluk pada Fasal 10.4 di atas, Pengerusi tidak mempunyai kuasa untuk melantik dan memberhentikan perkhidmatan mana-mana Ahli Majlis Tertinggi.
  11.1.5 Memanggil sendiri atau melalui Setiusaha mesyuarat-mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi serta mesyuarat yang lain apabila perlu.
  11.1.6 Mengarah Juruaudit KCFM Network supaya mengaudit akaun KCFM Network pada bila-bila masa yang diperlukan dan melaporkan keputusan audit kepada Majlis Tertinggi bila perlu.

11.2 Timbalan Pengerusi
  11.2.1 Dalam masa ketiadaan Pengerusi, Timbalan Pengerusi akan mengambil alih dan menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Pengerusi.
  11.2.2 Membantu Pengerusi dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan.
  11.2.3 Menjalankan sebarang tugasan yang telah diberikan oleh Majlis Tertinggi kepadanya dari semasa ke semasa.

11.4 Setiausaha
  11.4.1 Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan KCFM Network Setiausaha bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi. Beliau akan memanggil dan menghadiri semua Mesyuarat Agung KCFM Network Mesyuarat Majlis Tertinggi dan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan dan sekiranya perlu, menyampaikan segala dokumen-dokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat itu.
  11.4.2 Menyimpan dengan betul, teratur dan kemaskini daftar ahli-ahli, buku-buku dan laporan lain yang dikehendaki oleh pengurusan.
  11.4.3 Menyimpan dan menjaga dengan selamat meterai KCFM Network.
  11.4.4 Menyediakan laporan tahunan KCFM Network untuk dipertimbangkan oleh Majlis Tertinggi sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Agung KCFM Network.
  11.4.5 Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan harian sekretariat KCFM Network
  11.4.6 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi kepadanya dari masa ke masa.

11.5 Penolong Setiausaha
  11.5.1 Di dalam ketiadaan Setiausaha, Penolong Setiausaha akan menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan kepada Setiausaha.
  11.5.2 Membantu Setiausaha menjalankan tugas.
  11.5.3 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi kepadanya dari masa ke masa.

11.6 Bendahari
  11.6.1 Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh organisasi ini dan membuat pembayaran mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi.
  11.6.2 Menyimpan ke dalam akaun bank yang dibuka atas kelulusan Majlis Tertinggi atas nama KCFM Network akan semua wang yang diterima oleh KCFM Network secepat mungkin selepas penerimaannya.
  11.6.3 Mengeluarkan resit-resit, menyediakan baucar-baucar dan surat-surat lain mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi.
  11.6.4 Menyelenggarakan dan menyimpan akaun-akaun KCFM Network dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sempurna dan kemaskini supaya boleh diperiksa pada bila-bila masa.
  11.6.5 Menyediakan penyata kewangan tahunan yang telah siap diaudit untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi.
  11.6.6 Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan KCFM Network untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
  11.6.7 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan ke atas semasa ke semasa.

11.8 Biro dan Tugas-tugas Biro

  11.8.1 Biro Akses dan Multimedia
   11.8.1.1 Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Radio KCFM serta mentadbir dan menguruskan semua DJ-DJ.
   11.8.1.2 Menubuhkan laman web atau blog persatuan serta mengemaskini laman- laman tersebut dari semasa ke semasa.
   11.8.1.3 Bertanggungjawab ke atas segala perihal multimedia yang berkaitan dengan persatuan.
   11.8.1.4 Bekerjasama dengan Biro Publisiti dan Tugas-tugas & Biro Kebajikan dan Kerohanian dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada ahli-ahli KCFM Network melalui medium multimedia.
   11.8.1.5 Menjalankan sebarang tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.

  11.8.2 Biro Publisiti dan Tugas-tugas Khas
   11.8.2.1 Bekerjasama dengan biro-biro lain dalam merancang dan mengelolakan aktiviti-aktiviti yang dapat mencapai objektif persatuan.
   11.8.2.2 Menyediakan butiran-butiran aktiviti yang dirancangkan untuk dibentangkan kepada Majlis Tertinggi untuk diluluskan.
   11.8.2.3 Menjalankan sebarang tugas yang tidak tersenarai dalm peranan biro-biro lain.
   11.8.2.4 Merangka jawatankuasa kerja bagi melaksanakan sesuatu aktiviti bagi dibentangkan kepada Pengerusi untuk dipersetujui.
   11.8.2.5 Menyediakan sebut harga dengan biro-biro lain yang berkaitan dalam menjayakan sesuatu aktiviti untuk dibentangkan kepada Pengerusi untuk dipersetujui.
   11.8.2.6 Menjalankan sebarang tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.

  11.8.3 Biro Kebajikan dan Kerohanian
   11.8.3.1 Menjaga kebajikan ahli-ahli serta warga KCFM Network dengan menyalurkan bantuan material atau tenaga kepada mana-mana ahli sekiranya difikirkan perlu oleh ahli-ahli Biro Kebajikan dan Kerohanian dan dipersetujui Pengerusi.
   11.8.3.2 Mengeratkan hubungan sesama ahli terutamanya diantara ahli melalui program aktiviti yang sesuai dan dikelolakan bersama-sama Biro Publisiti dan Tugas- tugas Khas.
   11.8.3.3 Menghubungi ahli-ahli dari semasa ke semasa dan mengenalpasti bantuan- bantuan yang boleh disalurkan oleh persatuan.
   11.8.3.4 Mengeratkan hubungan yang akrab antara ahli-ahli dengan persatuan.
   11.8.3.5 Menjadi pengantara antara Majlis Tertinggi KCFM Network dengan Jawatankuasa Kebajikan dalam segala urusan rasmi berkaitan persatuan.
   11.8.3.6 Menjalankan tugas yang yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.

11.9 Tugas-tugas Majlis Tertinggi ialah:
  11.9.1 Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan.
  11.9.2 Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-program organisasi.
  11.9.3 Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang diluluskan.
  11.9.4 Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
  11.9.5 Mengawal, mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang disabit dengan ahli, termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi membicarakan ahli-ahli yang telah melanggar Perlembagaan ini, serta menentukan peraturan-peraturan dan prosedur perjalanan Jawatan tersebut.
  11.9.6 Boleh melantik penaung KCFM Network.
  11.9.7 Meluluskan Belanjawan Tahunan KCFM Network.

FASAL 12 – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

12.1 Mesyuarat Agung Tahunan KCFM Network merupakan forum tertinggi yang akan menentukan hala tuju dan wawasan KCFM Network. Ahli-ahli dan ahli Majlis Tertinggi boleh hadir bagi menjalankan Mesyuarat Agung tahunan mengikut peraturanperaturan sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan ini.

12.2 Semua Ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli lain yang hadir berkuasa mengundi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan KCFM Network.

12.3 Korum untuk Mesyuarat Tahunan KCFM Network dianggap cukup jika ahli yang hadir berjumplah sekurang-kurangnya dua (2) kali ganda daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi.

12.4 Jika korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke satu (1) jam seterusnya, dan jika korum masih tidak mencukupi setelah tempoh penagguhan tersebut, maka Majlis Tertinggi berkuasa untuk menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa meminda Perlembagaan KCFM Network dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

12.5 Agenda-agenda Mesyuarat Agung Tahunan KCFM Network ialah:
  12.5.1 Menerima laporan Setiausaha berkenaan perjalanan KCFM Network dalam tahun sebelumnya.
  12.5.2 Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun sebelumnya.
  12.5.3 Memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi dan dua orang juruaudit untuk tempoh tiga (2) tahun akan datang.
  12.5.4 Menguruskan perkara-perkara selain daripada yang dibenarkan di dalam mesyuarat itu sepertimana yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi.

12.6 Notis awal mengenai Mesyuarat Agung Tahunan KCFM Network yang menyatakan tarikh, waktu, tempat serta jemputan mengemukakan cadangan untuk perbincangan (usul), meminda Perlembagaan dan pencalonan untuk pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi, hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung kepada setiap Ahli Majlis Tertinggi tiga puluh (30) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat. Di samping itu satu (1) salinan notis yang sama hendaklah juga dipamerkan di pusat berdaftar KCFM Network.

12.7 Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan wakil dan pencalonan untuk pemilihan ahli Majlis Tertinggi serta cadangan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung pada 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan KCFM Network.

12.8 Mana-mana ahli yang ingin membuat pencalonan tanpa melalui ahli-ahli lain bolehlah membuat pencalonan dengan syarat hendaklah mencapai sekurangkurangnya lima belas (15) sokongan ke atas pencalonan tersebut. Pencalonan tersebut hendaklah dihantar kepada Setiausaha tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan KCFM Network.

12.9 Setiausaha Agung hendaklah menghantarkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan KCFM Network notis peringatan beserta satu (1) salinan agenda, peringatan mesyuarat agung yang lalu, Laporan Tahunan KCFM Network dan Penyata Kira-kira KCFM Network bagi tahun lalu yang telah diaudit.

FASAL 13 – MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI

13.1 Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali di dalam masa enam (6) bulan. Tiap-tiap pengumuman hendaklah diberikan kepada ahli- ahli tujuh (7) hari sebelumnya. Pengerusi dan Setiausaha dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang ahli Majlis Teringgi bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya satu per dua (1/2) daripada bilangan ahli Majlis Tertinggi hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

13.2 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Majlis Tertinggi dan mesyuarat Majlis Tetinggi tidak boleh dijalankan maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi melalui pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Majlis Tertinggi boleh dianggap sebagai boleh diterima:
  13.2.1 Masalah yang dibangkitkan itu dibutirkan dengan terang dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Majlis Tertinggi.
  13.2.2 Sekurang-kurangnya satu per dua (½) bilangan ahli Majlis Tertinggi mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu.
  13.2.3 Keputusan hendaklah mengikut bilangan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperoleh melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan mesyuarat.

FASAL 14 – KEWANGAN

14.1 Penyata wang diterima dan dibelanjakan beserta lembaran imbangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit mengikut perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira- kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli yang lain.

14.2 Kumpulan wang yang lebih daripada Ringgit Malaysia tiga ratus (RM 300.00) tidak boleh disimpan oleh Bendahari sebagai wang runcit.

14.3 Wang yang dimasukkan ke dalam bank hendaklah diletakkan di dalam akaun KCFM Network.

14.4 Sesuatu perbelanjaan yang kurang daripada Ringgit Malaysia lima ratus (RM 500.00) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.

14.5 Perbelanjaan yang melebihi had ini perlu diluluskan oleh Majlis Tertinggi.

14.6 Segala cek atau penyata pengeluaran wang dari kira-kira KCFM Network hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari, maka bolehlah Majlis Tertinggi melantik sesiapa sahaja antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang KCFM Network.

14.7 Pendapatan organisasi yang diperoleh hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai tujuan dan matlamat KCFM Network seperti dinyatakan dalam Fasal 4.

14.8 Sumber-sumber kewangan KCFM Network diperoleh melalui:
  14.8.1 Yuran pendaftaran dan tahunan ahli.
  14.8.2 Derma dan tajaan.
  14.8.3 Bantuan dari kerajaan dan badan-badan berkenaan.
  14.8.4 Hasil perniagaan KCFM Network.
  14.8.5 Sumber-sumber lain yang dibenarkan undang-undang Negara.

14.9 Walaubagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

14.10 Tahun kewangan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.

FASAL 15 – JURUAUDIT

15.1 Dua orang pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung tahunan KCFM Network sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama tiga (3) tahun dan tidak boleh dilantik semula secara berturut-turut.

15.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira KCFM Network bagi setahun dan membuat laporan untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan KCFM Network. Jika sekiranya diperlukan, mereka juga boleh diarahkan oleh Pengerusi untuk mengaudit kira-kira KCFM Network pada bila-bila masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Majlis Tertinggi.

FASAL 16 – PEMEGANG AMANAH

16.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada tiga puluh satu (31) tahun bolehlah dilantik di dalam mesyuarat agung, dan mereka berkhidmat selama yang dikehendaki oleh KCFM Network. Harta boleh alih yang dimiliki oleh KCFM Network boleh diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani satu (1) Surat Ikatan Amanah.

16.2 Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik dan menukarkan harta kepunyaan KCFM Network tanpa persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Tertinggi.

16.3 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Pemegang Amanah, Majlis Tertinggi berhak melantik penggantinya yang baru dan mesyuarat Agung KCFM Network yang diadakan pada tahun yang berikutnya hendaklah mengesahkan perlantikannya.

16.4 Seseorang pemegang amanah itu boleh dilucutkan jawatannya oleh Majlis Tertinggi atas sebab uzur kerana penyakit atau kerana sebab lain yang mengakibatkan tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaan dengan memuaskan.

FASAL 17- PINDAAN PERLEMBAGAAN

17.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah dan dipinda kecuali dengan keputusan mesuarat agung persatuan. Permohonan untuk perubahan dan pindaan Perlembagaan hendaklah dibuat kepada Pendaftar Persatuan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung KCFM Network meluluskan perubahan atau pindaan itu hanya boleh berkuat kuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar pertubuhan.

17.2 Majlis Tertinggi pada tiga (3) tahun pertama penubuhan berhak meminda perlembagaan tanpa perlu melalui mesyuarat agung.

FASAL 18 – TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

18.1 Di antara berlangsungnya mesyuarat agung KCFM Network, Majlis Tertinggi boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan sekiranya perlu membuat keputusan berhubung perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan ini. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan apa yang terlah ditetapkan di dalam mesyuarat agung KCFM Network, keputusan Majlis Tertinggi berkenaan perkara ini adalah muktamad, melainkan jika ia dibuat oleh keputusan mesyuarat Agung KCFM Network.

FASAL 19 – PEMBUBARAN

19.1 Organisasi ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) jumlah ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Luar biasa yang dipanggil khusus kerananya.

19.2 Sekiranya KCFM Network hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan KCFM Network yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa.

19.3 Kenyataan mengenai pembubaran hendaklah disampaikan oleh Majlis Tertinggi kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh pembubaran itu.

Mobile Version