Objektif

KCFM Network diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan pengguna-pengguna sosial atas talian, malah membantu meningkatkan kemahiran sosial di antara ahli-ahlinya dan berkongsi kepakaran dan idea dalam pelbagai bidang dan kepakaran.

      1. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek perniagaan dari pelbagai latar belakang ahli-ahlinya sebagai pemangkin kepada kemerlangan.
      2. Sebagai satu mekanisma sokongan kepada Negara Malaysia dalam memperbaiki sistem sosial dan ekonomi di samping memastikan kebajikan ahli-ahli sentiasa diberi perhatian.
      3. Berfungsi sebagai sebuah komuniti yang berbakti kepada masyarakat.
      4. Merangka program-program pembangunan sosial dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan ahli-ahli.
      5. Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan cadangan. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan lebih lancar dan sistematik.

KCFM Network